Kerja macam cuti

Wah! Hari ini pejabat begitu kosong! (Malah keretapi Putra tadi pun tidak penuh seperti biasa, juga parking lot di stesen juga agak lengang dari kereta2).

Jadi, mood kerja hari ini seperti bercuti (walaupun tidak bercuti!). Siap tadi ada kawan sekerja datang mengacau lalu berborak pasal isu semasa.

Ada beberapa perkara yang menarik dibincangkan tadi (sampai dia terbawa kita turun ke tingkat bawah untuk makan roti telur bersama teh tarik - kafe pun lengang juga pagi tadi!).

Pertama, dia kongsi berkenaan islam dan Melayu di Malaysia. Dia kurang selesa dengan sentimen islam itu mesti Melayu. Dia ada kawan yang revert, malah isterinya juga revert. Dia mendapati sentimen islam perlu Melayu itu menjadikan orang bukan Melayu amat prejudis terhadap sesiapa dari kaum mereka yang revert masuk islam (terutamanya orang Chinese di Malaysia). Bukankah islam untuk semua bangsa? Bukankah juga, Melayu ni luas rumpunnya, dari indonesia hingga ke filipina, dengan cabang2 kaum Melayu yang berbagai, dan ada yang bukan muslim juga? Wah! Banyak benar dia luahkan berkenaan islam dan Melayu ini. Habis roti telur dimakan.

Kedua dia borak pasal sejarah Kristian. Menarik juga sebab dia highlight, selepas nabi isa diangkat ke langit (pada orang Kristian, baginda disalib), agama nabi Isa agak ditentang oleh Rom pada masa itu. Namun, usaha dakwah yang berterusan oleh Hawariyyun (pengikut nabi Isa), akhirnya maharaja Rom masuk agama nabi isa, namun macam dia modify jadi agama Kristian. Lalu satu Rom jadi Kristian. Maka wujudlah Pope selaku pemimpin agama Kristian itu, yang selari dengan maharaja Rom. Beberapa ketika selepas itu, Rom terpecah kepada dua, iaitu Rom Timur dan Rom Barat.

Rom Timur berpusat di Andalusia, Turki dan diketuai seorang Pope berasaskan Greek Orthodoks. Rom Barat berpusat di Vatican City diketuai oleh Pope berasaskan Roman Katolik. Wah! inilah sama seperti hadith nabi berkenaan Rom Timur dan Rom Barat iaitu

"(AHMAD - 6358) : Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ishaq telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayub berkata; telah menceritakan kepadaku Abu Qabil berkata; kami sedang berada bersama-sama Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash, dia ditanya: di antara dua kota manakah yang terlebih dahulu dibuka; Qostantinopel atau Rum? Maka dia meminta sebuah kotak dan mengeluarkan dari dalam kotak tersebut sebuah kitab. Dia (Abu Qabil) berkata; maka Abdullah berkata; suatu ketika kami berada bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam sedang menulis, yaitu di saat beliau ditanya tentang dua kota, manakah yang lebih dahulu dibuka; Qostantinopel atau Rum? Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam pun menjawab: "Kota yang lebih dahulu dibuka adalah kota Hiroklius (Qostantinopel) " (ihsan lidwa.pustaka) "

Habis minum teh tarik. Kami pun naik balik untuk sambung kerja di waktu yang rasa macam bercuti ini.

Nota untuk diri : Hmm ... teman sekerja ini sungguh menarik untuk ditambah lagi kefahaman berkenaan tugas kita yang sumpah panjang ini :)

Comments

Popular posts from this blog

Germany