Aku berbicara dengan seorang teman di kedai makan, selepas mendengar dia menyampaikan kuliah di surau panalex di sini.

"Jangan dihina dan dicaci orang-orang yang telah mendahului kita (i.e. orang senior). Mereka dah hidup sebegitu lama dan masih tsabat dan istiqamah di jalan ini. Kita belum tentu lagi akan sampai ke umur dia (i.e. tua) dan tsabat seperti dia".

Itu antara yang dikongsi oleh teman itu, apabila kami berbicara perihal sesetengah orang, yang mengecilkan jasa orang senior di jalan ini. Sememangnya orang muda akan nampak orang senior lemah, perlahan dan lambat, walhal mereka tidak tahu cabaran dan dugaan yang dihadapi dan telah dihadapi oleh orang senior itu.

Kami meneruskan perbualan mengongsi perkenalan. Orang di sekeliling kedai makan makin sibuk dan makin ramai, tenggelam dengan suasana malam yang gelap itu...

Comments

Popular posts from this blog

Germany