Sabtu lepas ada perhimpunan sejuta ummat (HIMPUN). Begitu hebat promosi yang dibuat. Ada melalui radio iKIM, melalui internet (fb, twitter), melalui SMS.

Matlamat perhimpunan di Stadium Shah Alam itu sangat baik, iaitu untuk memberi kesedaran, awareness kepada orang umum, terutamanya orang islam dari kalangan Melayu akan gejala murtad yang berleluasa. (adakah bangsa lain bilangan orang murtad tidak seramai Melayu?).

Banyak komen yang aku lihat. Ada yang meletakkan syak bahawa ia ada kaitan dengan agenda politik parti tertentu (memandangkan pilihanraya umum negara ini makin dekat). Ada yang marah sebab ia menyentuh sensitiviti agama lain dan bangsa lain.

Akan tetapi, yang datang tidak memenuhi stadium seperti yang diharapkan. Mungkin disebabkan oleh keputusan-keputusan yang diambil oleh kumpulan-kumpulan yang ada, mungkin sebab terkesan dengan komen-komen yang wujud dan juga menjaga maslahat tertentu. Kumpulan NGO penganjur datang dengan memobilisasi seramai mungkin ahli mereka. Terdapat beberapa tokoh terkenal turut hadir, malah ada yang memberikan ucapan berkenaan isu murtad ini.

Moga HIMPUN itu dapat mencapai apa yang mereka inginkan. Moga umat Islam sedar akan isu murtad ini dan berbuat sesuatu untuk membenteng keimanan yang ada anak-anak mereka dan keluarga mereka dan kawan-kawan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Germany