Bersih 2.0 adalah topik paling hangat di negara ini hari ini. 9 julai, esok ... adalah tarikh keramat yang mana (dijangka ramai) manusia akan berhimpun (di Stadium Merdeka) untuk menunjukkan solidariti dalam memberitahu orang atas dan orang awam supaya Suruhanjaya Pilihanraya jadi 'bersih' dan adil dalam pilihan raya (sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Bersih) .

Semenjak beberapa hari lalu, orang di atas dan komponen mereka (media, penguasa), seolah begitu takut. Berita yang buruk terhadap perhimpunan ini tersebar. Orang yang menyokongnya (terutamanya yang memakai baju kuning) ditangkap. Bersih digambarkan sebagai suatu yang merbahaya dan mengancam keselamatan negara. Roadblock diadakan di semua laluan ke KL, dan dijangka lagi teruk esok.

Mengapa orang di atas begitu takut? Mengapa ramai sangat yang memberi sokongan Bersih 2.0 ini? Mengapa ada juga yang membangkangnya? Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah kesannya terhadap kita? Adakah ia berkaitan dengan kita?

Jawapannya? ... Baca dan dengar berita dari semua sumber yang ada.

Lepas itu gunakanlah hati kita untuk melihat... apa yang benar dan apa yang salah ....

Comments

Popular posts from this blog

Germany