Kisah pagi di pasar

Pagi tadi teman mak pergi pasar di Mentakab. Huhu, ni first time ke pasar ni, walaupun tinggal dan membesar dekat daerah ini !>_<


Dalam perjalanan,mak bercerita kisah tanah dia di kampung padang luas. Baru2 ni ada orang di sana minta kat mak sebahagian tanah mak untuk dibuat jalan.Jalan itu akan menghubungkan kawasan perumahan (yang bakal dibina) dengan jalan besar (main road).


Tanah untuk perumahan itu di belakang tanah mak.


Pada awalnya, mak tak nak,sebab jika jslan dibuat, mungkin tak dapat diguna untuk tujuan lain (tanam2 ke, buat rumah sendiri ke).Tapi, mak kemudian terfikir akan pahala jariah yang bakal digenerate oleh pengguna jalan (jika tanah itu dijadikan jalan). Rasanya ada disebut dalam hadis pasal amal jariah dari "jalan yang digunakan orang ramai".


Wah! Aku terharu dengan keputusan mak ni! Memang visi yang sungguh awesome! (Boleh sahaja mak reject, dan minta pampasan besar,tapi dia tak minta). Jarang sekali orang mengambil perkiraan akhirat mendahului duit (lebih2 lagi kalau duit tu besar!).


Moga Allah memberkati pilihan mak itu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Comments

Popular posts from this blog

Germany