Mukhayyam di Chamang

Weekend ini aku bermukhayyam atau bercamping bersama teman-teman sehati sejiwa. Ia bermula sejak Jumaat malam, tapi aku join pagi Sabtu sebab aku memberi pengisian utk kem remaja di Kem At Taqwa Banting yang dianjurkan oleh Surau Baiturrahman PutraHeights.

Pengalaman yang agak menarik di camping itu. Hujan turun tak ingat. Air jeram di kawasan hutan Chamang besar semacam sahaja. Waah! Bahaya kalau nak mandi. Tapi, ada kawasan yang airnya agak cetek, tapi boleh mandi dalam keadaan berjaga2.

Kami kena masak makanan sendiri, menggunakan bahan2 yang ada dan dikumpul oleh peserta. Siang kami bertrekking. Lepas trekking ada tazkirah. Malam pula ada gusti. Gusti? Ini yang belum pernah dibuat oleh ikhwah di sini! Orang2 dilumurkan minyak dan cuba menolak keluar bulatan pihak lawan, atau cuba jatuhkan pihak lawan. Sungguh menarik. Juga lucu!

Malam itu hujan turun lebat betul. Kami tidur dalam kebasahan.

Esoknya, kami buat aktiviti polis sentri, yang mana pihak pencuri lari ke dalam hutan sampai polis takleh tangkap! (lepas tu kami set boundary supaya pencuri takleh lari jauh, dan aktiviti tak terlalu lama).

Kami bersurai sebelum jam 12. Ada yang terus balik. Ada yang mandi dan makan durian musang king dulu.

Petang itu sungguuh penat! Nampak sangat kena senam senaman selalu!

Oh ... satu benda yang mengujakan juga berlaku. Aku berjumpa dengan penulis blog yang popular itu i.e. inche gabbana! Hehe .. sangat bergaya dan bersahaja dia tu :)

Comments

Popular posts from this blog

Germany