Kekuatan hati itu penting untuk menghadapi kehidupan hari ini. Kehidupan ini tidak akan sunyi dari ujian yang sering berbentuk kesusahan. Orang yang kita sangka bergembira mungkin sedang kusut dan berduka dengan masalah yang kita sendiri tidak sangka.

Orang yang tidak memiliki kekuatan hati akan kalah apabila bertembung dengan ujian dan dugaan hidup. Ada yang terjun ke dalam hiburan. Ada yang memabukkan diri dengan arak mahupun dadah. Ada yang membunuh diri. Semuanya dilakukan untuk lari dari ujian dan dugaan ini.

Dari mana datangnya kekuatan hati?

Kekuatan hati wujud dengan wujud apabila hati itu hidup. Bagaimana hati itu boleh hidup? Ada dua : Zikrullah dan Zikrul maut. Mengingati Allah dan mengingati mati. (ada hadith berbunyi seperti itu, cuma saya tak ingat matan dia).

Bila difikir-fikirkan, benar juga. Hati yang hidup akan tabah dan tenang menghadapi apa sahaja yang melanda di dalam kehidupan ini. Hati yang mati akan bertambah mati dengan bertambahnya ujian hidup.

Ingatilah Allah. Kuatkanlah dan dekatkanlah hubungan kita denganNya dengan selalu mengingatiNya.

Maka .... andaikata kita mendapati hidup ini penuh dengan masalah, barangkali hubungan dengan Ilahi mungkin jauh. Dekatilah Dia, kerana Dia sangat suka apabila hambaNya cuba dan berusaha untuk mendekatkan diri kepadaNya.

Comments

Popular posts from this blog

Parking di dayabumi.. 1st time

Hidayah