Gambar di atas adalah nasi lalapan di impiana II dekat medan jaya. Nasi ini sangat sedap kerana ayamnya sangat besar dan berempah. Harga pun boleh tahan.

Makan nasi ini sangat mengenyangkan.

Sebut perihal mengenyangkan, aku teringat salah satu pengisian semasa perkhemahan yang aku lalui baru-baru ini...

Kita sering menganggap bahawa "diri" kita telah makan apabila kita makan nasi dan lauk. Hakikatnya makanan itu adalah untuk jasad kita, yang mana rasa kenyang itu hanyalah kenyang jasad sahaja.

"Diri" kita yang sebenar adalah roh kita sendiri. Roh inilah yang selalu kita lupakan. Makanan roh adalah zikir kepada Tuhan, membaca al-Quran dan solat. Kasihan kepada diri kita. Selalu kita terlupa untuk memberi makan kepadanya, lalu kita merasa kosong, lemah dan tidak bersemangat untuk berdepan dengan kehidupan ini, apatah lagi untuk berdepan dengan mehnah dan tantangan yang ada, bagi yang melalui jalan ini.

Jadi, marilah kita beri makan diri kita supaya ia tidak kelaparan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Germany