Hari ini meeting berkenaan perkhemahan yang akan diadakan lusa nanti. Kali ini yang hadir sedikit dari sebelumnya. Malah, ia lebih sedikit dari perkhemahan yang pertama pada bulan yang sama tahun lalu. UAS, UAFH dan ramai lagi tidak berpeluang untuk ikut ... disebabkan oleh perkara-perkara yang mereka tidak dapat elakkan.

Ditambah dengan seorang teman yang sakit batu karang tadi ... Kami juga terkejut, tapi apakan daya, hospital sudah tidak menerima pelawat. Kami hanya mampu untuk menziarahinya esok.

Setiap kali kita mahu melakukan kebaikan dan pembaikan, setiap kali jugalah ujian datang .. kecil atau besar! Maka hendaklah kita bersabar dan berdoa dalam menghadapinya, sebagaimana orang-orang terdahulu yang menghadapi ujian yang lebih hebat dan dahsyat.

Moga perkhemahan dapat berjalan dengan baik, dan teman itu cepat sembuh. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany