Agak lama aku tidak menulis blog ini. Kini, orang ramai lebih bertumpu kepada website sosial seperti facebook dan twitter.

Aku merasakan jiwaku begitu down beberapa lama. Mengapa? Aku melihat keadaan diriku ini yang kuanggap malang. Sedar tidak sedar, sudah hampir lima tahun hidup begini ... ada keluarga, tetapi masih hidup macam orang bujang, tidak nampak harapan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik. Ditambah dengan perubahan yang aku lihat pada anakku dan isteriku. Ditambah dengan suasana sekeliling yang lemah dan kelihatan makin lesu. Lebih menyedihkan hatiku bila melihat kehidupan yang lain yang kuanggap lebih bahagia dan lebih hidup dari apa yang aku miliki. Semua itu memakan diriku sedikit demi sedikit, sehinggakan memberi kesan terhadap fizikal dan mental ini.

Dari segi material, aku diberi banyak benda. Aku diberi pekerjaan yang menarik dan gaji yang agak lumayan. Aku ada keluarga. Aku memiliki kemahiran-kemahiran. Aku masih boleh makan apa yang aku mahu....

Tetapi hati yang lemah dan kosong menjadikan perkara-perkara fizikal itu tidak bermakna. Benarlah kata nabi : "Kaya yang sebenar ialah kaya jiwa" (perawi aku tak ingat, cuma hadith ini aku belajar masa sekolah menengah dahulu"). Kehebatan dan kelebihan yang ada pada mata kasar tidak bernilai bagi seseorang tatkala hatinya mati. Mungkin orang yang tidak memiliki apa-apa, miskin dan kekurangan dari segi kemampuan untuk hidup, dapat menghadapi kehidupan dengan lebih tenang jika ia memiliki jiwa yang kaya (dengan iman dan takwa).

Jadi, hati yang lemah ini perlu diperkuatkan kembali. Barangkali ada dosa-dosa yang dibuat secara sengaja atau tidak, lalu menjadikan Tuhan meng'kaffarah'kannya dengan cara ini. Moga Dia dapat mengampuni kesalahan-kesalahan diri dan juga membangkitkan kembali hati yang lemah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Germany