Wah. Lama tak tulis blog nih.

Minggu lepas aku ke loji gas asli brunei, satu loji gas asli berdekatan dengan tempat aku kerja (dalam 300km+). Selama di sana, aku menjadi 'specialist' dan dilayan seperti itu, meskipun gajiku sangat kecil jika dibandingkan dengan apa yang aku 'buat'.

Di sana, aku dapat memerhatikan budaya kerja di sana. Agak menarik. Waktu solat, kontraktor dan pekerja solat berjemaah di surau. Waktu habis kerja, semua orang terus balik, kurang kelihatan orang yang 'stay back', seperti di tempat kerja aku sekarang.

Hampir setiap malam aku dibelanja makan. Dapat merasa masakan di Brunei, menarik sekali.

Perkara yang menarik perhatianku semasa di sana, syarikat induk kepada loji itu tidak mempunyai 'specialist' sepertiku (dan seorang lagi teman sekerjaku di bintulu). Wah, ia suatu penghormatan terhadap pengalaman yang aku lalui.

Hmmm ... aku masih mengira-ngira, apakah aku harus ....

Comments

Popular posts from this blog

Germany