Tadi ada iftar di madrasah bersama pelajar-pelajar yang akan bercuti. Anak buahku juga ada di situ, juga teman-teman dan pakcik-pakcik. Seronok juga suasana ketika itu, sama seperti suasana semasa iftar sabtu lepas.

Setelah iftar, aku berkejar ke rumah teman sekerja untuk memenuhi jemputan makan berbuka di sana. Jadi, aku iftar di dua tempat pada satu malam. Setelah itu, aku berkejar pula ke surau RPRS, kerana menggantikan UII menyampaikan tazkirah ringkas sebelum terawih.

Kali ini ramadhan kurasakan lain sedikit. Antaranya ialah aku lebih tenang dan mudah untuk menyampaikan tazkirah berbanding tahun lepas, malah ramai memberi komen positif terhadap gaya penyampaianku. Ramadhan kali ini juga kurasa ringan untuk melalui 20 rakaat di mana sahaja aku solat. Alhamdulillah, syukur kepadaNya kerana memudahkan.

Sekarang sudah tinggal 10 hari terakhir. Moga ia dimanfaatkan seoptimumnya! Amiin!

Comments

Popular posts from this blog

Germany