"Jalan dakwah adalah jalan yang amat sukar. Ia dipenuhi duri-duri yang tajam. Jika anda dapati jalan dakwah anda itu mudah, barangkali anda melalui jalan yang salah!"

Kata-kata ini diulang-ulang semasa aku di sekolah, di universiti dan di alam pekerjaan ini. Dahulu ada sedikit-sedikit diuji dengan ujian-ujian kesusahan di jalan ini seperti masalah-masalah yang selalu ditemui ketika melaksanakan program-program umum dan sebaliknya. Aku menyangka itulah apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu. Namun ia lebih dari itu...

Kini jalan yang aku pilih diuji dengan ujian yang amat dahsyat. Ia dirasai oleh teman-teman seperjuangan yang lain. Barangkali Tuhan mahu melihat, siapa yang masih tetap di jalan ini, siapa yang tidak tahan lalu mengambil jalan mudah.

Aku memohon dari Tuhan agar aku dan teman-temanku diberi kekuatan di kala ini. Moga kita semua ditunjuki jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang yang sesat!

Comments

Popular posts from this blog

Germany