Sudah seminggu lebih aku berada di Semenanjung. Seronok betul kerana dapat merasa menjadi ayah sepanjang seminggu ini. Tak lama lagi aku akan pulang semula ke Borneo.

Keadaan terpisah sebegini mengajarku nilai masa, kerana masaku di sini sangat sukar untuk diperolehi, malah perlu dibayar. Ia sukar diperolehi kerana akhir-akhir ini boss sukar nak berikan cuti atau pelepasan kepadaku untuk pulang. Ia perlu dibayar kerana aku perlu membeli tiket kapal terbang yang tak kurang mahalnya.

Aku sering sedih bila melihat anakku kerana kasihan kepadanya kerana dia jarang bertemu dengan ayah kandungnya sendiri. Aku risau kerana takut pembinaan karakter,emosi,intelektual dan akhlak anakku terkesan oleh keadaan ini. Aku mengetahuinya melalui pembacaan dan perbincangan dengan teman-teman.

Namun, aku masih merasa syukur terutama apabila melihat orang yang mengalami situasi yang lebih dahsyat dariku. Itu adalah saranan Nabi SAW juga, supaya kita tidak kecewa dengan apa yang ada.

Moga aku lebih banyak mengisi masa dengan syukur dari mengisi masa dengan bersedih atau risau....

Comments

Popular posts from this blog

Germany