Tadi melihat majlis penutup Kem Cuti Sekolah.Ramai hadir.UAFH memberi kata-kata penutup yang begitu bersemangat : "Apabila fitrah kita dibangkitkan, maka ketidakselesaan dan kesukaran yang kita rasakan itu hilang, lalu timbullah kenikmatan yang terhasil dari keimanan!"

Tadi juga aku mendengar suatu perkara yang menarik dari teman-teman dari Upm. Mereka dapat tahu bahawa mereka di'kenali' sebagai 'orang baik' oleh pak guard pintu masuk kampus.

Mengapa?

Kerana orang lain naik motorsikal, pasti ber'pasangan' lelaki dan perempuan. Kalau teman-teman itu, mereka sama ada seorang sahaja atau dua orang lelaki yang naik motor. Wah! kronik dan parah betul situasi masyarakat sekarang, sehinggakan naik motor macam itu pun dah jadi janggal!

Tadi juga aku merasakan ... seolah-olah masa untuk aku 'bergerak' semakin hampir... kerana telah ada orang yang membantu dalam kerja islami di sini .... sebagaimana yang berlaku terhadap MARMAR suatu ketika dahulu...

Comments

Popular posts from this blog

Germany