Aku baru selesai menghadiri forum elektrik dengan teman-teman sesama syarikat. Hm, menarik juga kalau selalu dapat mengikuti forum sebegini. Aku dapat melebarkan jaringan kenalan yang ada di kalangan eksekutif dan juga 'pakar'.

Ada perkara baru juga aku temui semasa forum itu. Aku mendapati amat perlunya seseorang itu dikenali dan amat penting siapa yang mengenalinya. Wah, ini antara politik kerja yang aku belum mahir.

Pakcik NPNL tegur juga aku masa forum itu. Ehe, aku tercakap ayat yang kurang elok bunyinya walaupun sangat penting mesejnya. Aku harap orang-orang yang ada di situ tidak terasa atau tersinggung.

Masa forum itu juga, aku selalu pula berbual dengan bekas pengurus senior aku. Masa makan pagi dan juga masa naik kapal terbang! Mungkin Tuhan mahu begitu. Pengurus ini asyik menceritakan perasaan dan susahnya berjauhan dengan keluarga. Hmmm... mungkin dia lebih memahami kes aku sekarang berbanding dahulu.

Aii ... apa yang aku tulis ni?

Comments

Popular posts from this blog

Germany