Aku agak lemah kebelakangan ini. Barangkali sebab aku tidak balik lebih dari dua minggu. Tidak balik menjadikan aku lemah? Barangkali rindu terhadap isteri dan anakku menjadikan aku begitu. Aku memohon kepada Dia agar membantuku dalam menghadapi perasaan yang tidak stabil ini.

Tadi ketika aku termenung-menung selepas asar, terlintas di kepalaku berkenaan peristiwa hari ini. Apa dia?

Dari hari semalam, teman sekerjaku ingin meminta aku ke loji bersama engineer pensuisan untuk melakukan kerja tengah hari tadi. Bila tiba jam 12noon, dia telefon dan mengingatkan aku bahawa aku perlu bantu, tapi dia akan confirmkan sekali lagi dengan menelefon kepadaku selepas zuhur. Aku setujulah, tapi dalam hatiku aku memohon agar tak perlu turun loji hari ini kerana tiada mood. Zuhur berlalu...

Temanku itu tidak telefon. Tiba-tiba hujan sangat lebat. Sangat lebat. Aku kembali ke rumah lalu berehat-rehat menantikan panggilan dia, tetapi tidak ada. Aku tertidur-tidur dalam hujan yang amat lebat di luar rumah sana. Sehingga asar tiada panggilan. Jadi, memang tidak ke loji kerana sudah petang. Selalunya, kalau begini buat kerja hari esok lah.

Maka...

Aku tidak ke loji hari ini. Masya Allah! Dia jadikan aku langsung tidak ke loji. Dia Maha kuasa untuk melakukan apa yang Dia mahu!

Jadi aku termenung. Dia menjadikan banyak perkara berlaku sebagaimana yang aku pohon kecuali satu ... ya... satu-satunya permintaanku yang belum dikabulkan ...

... iaitu untuk berada bersama keluarga....

Barangkali ada perkara yang Dia mahukan aku lakukan di sini, dan ia masih belum selesai. Seolah-olah tugas itu tidak diberikan kepada orang lain, yang mana mereka satu persatu pulang atau pindah. Aku merenung terhadap apa yang aku lakukan di Sarawak, yang tidak dilakukan akhir-akhir ini.... ya.. itu dia...

Barangkali ini perubahan kedua yang aku akan lakukan selepas Australia?! Maha suci Tuhan. Aku memohon kekuatanMu andaikata itu yang Engkau tetapkan untukku!

Comments

Popular posts from this blog

Germany