Segala puji bagi Allah. Segala puji atas segala nikmatNya yang diberikan kepadaku.

Segala puji bagi Allah yang telah memperkenankan doaku.

Merenung kembali akan apa yang telah Dia berikan kepadaku, menjadikan aku tersenyum dikala hati sakit menghadapi cabaran yang ada di sekeliling ini.

Segala puji bagiMu kerana telah menjadikan perkahwinanku berjalan dengan baik tempoh hari.

Segala puji bagiMu kerana menjodohkan aku dengan seorang akhawat yang solehah, yang menyejukkan mataku, yang menghilangkan stressku.

Segala puji bagiMu kerana menjadikan keluargaku dan keluarga mentuaku memahami aku dan isteriku dan menerima kami berdua dengan baik.

Segala puji bagiMu...
Ampunilah aku kerana sering bersangka tidak elok .. terutamanya di kala hati ini diuji dengan ujian yang hebat ini....

Comments

Popular posts from this blog

Germany