Ada seorang itu...

Dahulunya dia di Australia ikut berprogram. Bila pulang ke Malaysia, masih berprogram. Dia menjadi antara orang kuat yang memastikan berjalannya program di sini, seperti kelas al-Muttaqun, dan juga program-program yang lain.

Dia yang menjadi orang yang memastikan diskusi di kalangan eksekutif berjalan...

'Tiba-tiba' dia kahwin.

Selepas itu dia sibuk dengan kehidupan rumahtangganya. Dia mula jarang dapat datang diskusi. Makin lama makin jarang dia datang diskusi. Makin lama makin jarang. Akhirnya dia tak datang langsung diskusi. Sehinggalah ke hari ini.

Kini dia dengan aku dan teman seperjuanganku terasa 'amat jauh'. Sukar sekali untuk aku bawa dia membincangkan masalah umat atau remaja.

Kini dia hanyalah sebuah kisah lama ...

Semoga ia menjadi pengajaran

Comments

Popular posts from this blog

Germany