Hubungan hati adalah suatu yang berlaku sesama manusia sepanjang masa.

Ada hubungan hati berdasarkan tempat kerja yang sama. Ada yang sebab syarikat yang sama. Ada yang sebab kita pekerja dan dia bos kita.Ada juga hubungan sebab minat benda yang sama. Ada yang sebab kita dan dia menyokong pasukan bola yang sama. Ada yang sebab sukan yang sama. Ada sebab hobi yang sama.Ada hubungan hati disebabkan kita dan dia tinggal di negeri yang sama, atau negara yang sama.Ada juga hubungan hati sebab sekolah sama atau universiti yang sama.

Selalunya hubungan hati adalah sebab kita dan dia ada hubungan darah, iaitu ada pertalian keluarga, tak kiralah keluarga rapat atau bau-bau bacang sahaja.

Ada satu hubungan hati yang lebih hebat dari hubungan hati yang semua tadi. Hubungan tersebut ialah hubungan iman. Iman yang sebenarnya. Iman yang hidup di hati. Hubungan ini lebih kukuh dan menghasilkan kekuatan. Hubungan ini lebih lama berkekalan.

Aku pernah mengalami seorang yang aku dan dia diikat dengan iman, walaupun tak berapa 'ngam' antara kami. Sangat unik hubungan ini kerana perasaan suka dan tak suka bercampur sekali! Teringat lagi saat-saat di Aussie dahulu bersamanya.

... dan aku telah mengahwini seseorang kerana iman ini. Alhamdulillah, sangat menenangkan dan menguatkan hati :)

Comments

Popular posts from this blog

Germany