Tadi aku mengembara bersama remaja bintulu dan pelajar uni. Dua kereta. Avanza dan Kancil putih.

Bermula dari bintulu jam 1.30petang. Kami memulakan dengan al-fatihah serta tazkirah berkenaan niat.

Sepanjang perjalanan ke Miri, aku bertaaruf panjang.

Tiba 4.30petang di Miri. Kami mendaki bukit melihat tempat keluar minyak pertama di Malaysia. Tempat yang bernama Canada Hill itu sangat indah, kerana dari situ dapat melihat matahari terbenam yang amat cantik.

Selepas itu ke sebuah universiti, berjumpa dengan super junior aku. Kami kemudian bermalam di Miri.

Kemudian, esoknya, kami bersantai sambil mendengar tazkirah berkenaan 'manusia dalam kotak' di tepi pantai. Setelah itu kami membeli barang sedikit dan kemudiannya berlepas kembali ke bintulu.

Sungguh indah pengembaraan kali ini.

Teringat aku kepada keadaan aussie dahulu....

Comments

Popular posts from this blog

Germany