Hari demi hari aku memerhatikan hosmetku itu. Begitu gembira dia melalui hari-hari terakhir sebagai orang yang bekerja di bintulu ini.

Aku belum pernah melihat dia gembira sebegini. Aku amat memahami mengapa dia gembira .. kerana aku sekarang merasai apa yang dia telah rasai...

6 tahun dia berjauhan dengan isteri dan anak tercinta. 6 tahun dia bersabar dan menantikan peluang. 6 tahun dia menangis. 6 tahun dia bekerja. 6 tahun yang amat panjang. 6 tahun itu ... sudah berakhir.

Keadaanku yang juga berjauhan dengan isteri menjadikan aku amat memahaminya.

Adakah aku akan menunggu 6 tahun lagi?

.... Wahai tuhan, tunjukilah aku jalan
.... ke mana harus aku pergi?

Comments

Popular posts from this blog

Germany