Seminggu lagi cuti sekolah akan bermula. Maka seronoklah pelajar2 sekolah terutamanya remaja. Kerana sudah tidak perlu lagi pening kepala belajar dan periksa.

Tetapi cuti yang panjang ini menjadikan mereka terpinga-pinga.Mereka akan berasa tidak tahu nak buat apa sebab terlalu banyak masa.

Mulalah mereka mencari jalan untuk mengisi masa yang ada.Bukan dengan solat berjemaah di masjid.Bukan membaca al-quran atau belajar untuk memahaminya.Bukan dengan belajar kemahiran-kemahiran tambahan dalam kehidupan.Bukan dengan menjadikan diri mereka bermanfaat untuk orang sekeliling.

Mereka akan isi masa dengan kelalaian dan kelekaan.Mengisi masa dengan PS2,PSP,Konsert,Astro dan sewaktu dengannya.Itu yang ditunjukkan kepada mereka.Tiada orang yang mengajak mereka untuk berbuat kebaikan.Kawan-kawan di sekeliling mengajak mereka untuk melepak dan membuang masa.

Ditakuti ada yang mengajak keluar agama. Nauzubillah!

Kasihan kepada remaja-remaja kita.Mereka harapan umat ini.Abis tu, apa peranan kita dan mereka yang perasan akan keadaan ini?

Aku mendoakan agar Allah membantu kita dan mereka yang sedang bekerja.Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany