Datuk..

Aku teringat lagi masa aku kecil dulu, yang mana aku naik atas bakul motor dia dan dibawa pergi dan balik tadika dan pergi dan balik kebun datuk.

Aku ingat lagi, datuk belikan aku air teh bunga drinho, kerana tahu aku suka sangat kat air teh bunga. Aku ingat lagi, datuk tangkap belalang dan tunjukkan kat aku. Aku sangat takut melihatkan belalang itu melompat-lompat dalam plastik itu.

Aku ingat lagi, datuk suka sangat bila kami sekeluarga balik kampung. Dia akan kumpul buah durian kat rumah dia. Semua orang suka betul bila tengok banyak buah durian kat rumahnya.

Aku ingat lagi, aku temani atuk masa cuti sekolah... pergi dan balik kebun dengannya ... dan minum teh tarik bersamanya.

Aku ingat lagi, tika aku besar panjang, dan masa itu atuk tinggal di gombak bersama ayah sedara, kami bersembang pasal zaman dahulu, zaman jepun, zaman awal malaysia ini... zaman dia muda dulu.

Aku ingat lagi, kali terakhir berjumpa atuk, masa itu dia sudah terbaring ... tidak kuat seperti dahulu ... hanya minum air susu. Ketika itu, sempat aku bawa bersamaku isteriku .. yang atuk tidak berapa ingat, walaupun sudah berjumpa masa kenduri kahwin dahulu.

Kini atuk sudah tiada lagi. 17 Jun 2006 ... atuk sudah pergi berjumpa Ilahi.

Semoga atuk dirahmati olehNya dan dimasukkan ke golongan orang yang soleh. Semoga atuk dapat berjumpa dengan wan, dan semoga kami semua berjumpa kembali di syurga sana.
Amiin. Amiin. Amiin.

Comments

Popular posts from this blog

Germany