Minggu lepas adalah minggu yang amat menggembirakan aku.

Aku dapat spend masa begitu banyak dengan isteriku. Sabtu itu aku balik ke Melaka, berjumpa dengan datuk dan sedara isteriku.

Kemudian pada malam itu kami pulang ke KL. Tapi sebelum tiba di rumah, kami beli makanan dan pergi ke sebuah kawasan yang amat tinggi dan makan kat situ. Wah, romantik sekali. Tambah pula dengan hujan yang renyai-lebat pada malam itu. KL sering hujan pada masa-masa sebegitu.

Selepas itu, esoknya aku ke KT untuk berkursus. Aku tertinggal flight ke KT hari tu, tapi dapat pergi juga dengan flight seterusnya. Nasib baik. Itulah, check in lambat sangat. Itu pun sebab ralit membelek buku.

Weekend satu lagi aku kembali dari KT ke KL. Lepas tu aku dan isteriku pulang ke rumahku .. jumpa adik-adik dan ibu bapaku.

Dan hari ini .. aku di sini. Di bintulu.

Tak sabar rasanya untuk bertemu dengan isteriku kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Germany