Wah. Sekarang makin jarang dapat tulis dalam blog ini. Begitu cepat masa berlalu. Sudah hampir setahun aku ditukarkan kerja ke bintulu. Dalam satu tahun sahaja sudah banyak perubahan yang aku lihat pada diriku, dan juga kepada bintulu.

Setahun yang lalu, tidak ramai orang yang mengikut aktiviti islamik secara konsisten. Semua dibuat berdasarkan masa lapang yang ada. Kalau sibuk sahaja, terus aktiviti tu jadi perlahan dan kekadang ditangguhkan. Kini makin ramai pula, ditambah dengan kedatangan orang-orang baru yang dahulu pernah melibatkan diri semasa belajar. Keadaan sekarang sudah mula meriah setelah terhenti seketika. Semoga perubahan kali ini lebih besar dan bermakna.

Setahun yang lalu aku datang sebagai orang biasa. Aku teruk dipengaruhi oleh keadaan. Kini alhamdulillah, penghantaran aku ke borneo mengubah aku sedikit demi sedikit sehingga aku merasai kembali perasaan yang aku rasai di zaman student dahulu.

Setahun yang lalu, aku hanya tahu sedikit sahaja mengenai kehidupan. Kini aku telah mempelajari banyak perkara berkenaan kehidupan.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas....

Comments

Popular posts from this blog

Germany