Tadi pergi scanning baby. Guna ultrasound. Di klinik itu aku dan isteriku menunggu lebih satu jam setengah sebelum dapat jumpa doktor. Begitu ramai orang yang ingin berjumpa doktor sakit puan pada hari itu... kira-kira 12 orang dan lebih 15 minit seorang!

Bila dapat masuk sahaja ke bilik doktor Pakar Sakit Puan tu, dapatlah aku melihat bayi yang dikandung oleh isteriku tersayang :)

Wah, kali ni dah besar! Sudah 8cm saiz dia! Pertama kali aku dapat melihat anakku melalui ultrasound. Tapi bagi Amy sudah kali kedua.

Kali ni nampak jarinya dan tangannya bergerak-gerak. Kali ini lebih jelas rupa tubuhnya berbanding sebulan yang lalu, yang mana masa itu anak aku bersaiz 3.8cm sahaja. Masa ini juga dapat lihat tulang belakang dia. Tak dapat dibayangkan perasaan aku ketika itu.

Segala puji bagi Allah.

Aku akan jadi bapa .. insyaAllah :)

Comments

Popular posts from this blog

Germany