Tepi rumah aku ada orang buang sampah. Sekarang makin bertambah sampah.Tempat tu bukan tempat buang sampah. Tensen bapa aku. Aku pun tensen gak.Bila seorang manusia tak nak bertanggungjawab,manusia lain juga yang susah.islam tak ajar benda ni.Tapi orang islam gak yang buat perangai tak elok ni.Pelik kan?...Hmm,camne nak sedarkan orang camni?

Tadi dapat e-mail pasal melayu pergi gereja.Wah.Pertama kali tengok orang pakai tudung masuk gereja.Kat somewhere in bandar yang sangat besar.Aii ... satu lagi keadaan yang mana 'islam' tinggal nama je.Bangsa tak menjamin agama.Apa yang tradisi,masyarakat dan orang kata belum tentu betul.Ia boleh diterima dan boleh ditolak.Yang hanya boleh diterima ialah apa yang datang dari Allah dan rasulNya, betul tak?

Hakikatnya, mungkin lagi banyak realiti yang lagi dahsyat di seluruh dunia. Dunia kini sakit kerana manusia. Dunia kini tersiksa kerana perbuatan manusia. Dunia rindukan cahaya yang pernah menyinarinya suatu ketika dahulu. Dunia hari ini inginkan keamanan dan kesejahteraan. Ia tak dapat dicapai melalui formula manusia walau apa pun nama yang diberi oleh mereka. Hanya jalan yang ditunjuk olehNya suatu masa dahulu menjadi panduan. Petunjuk sepanjang jalan .

Ketahuilah, kita menjadi harapan.Perenggan ini hanya difahami oleh jiwa yang ada kefahaman.

Comments

Popular posts from this blog

Germany