Hmm... tengah hari tadi makan tengah hari dengan mak. Tengah makan,tiba-tiba dengar ada budak kecil menangis.Kuat tangisan dia.Puas ayah dia senyapkan anak kecil itu.Mak budak tu lak tengah jaga adik dia yang lagi kecik.Mak kata,biasalah tu.Nanti bila aku ada anak,aku akan alami camtu.

Bila budak besar tu terjaga dari tidur, biasanya dia akan mula buat pe'el. Maksudnya buat perangai.Selalunya menangis la.Kekadang dia terjatuh sendiri pun dia nangis.Tambah lagi bila ada adik,dia akan lagi mudah menangis.Masa ada anak besar ni(rasanya dalam 3-4 tahun kot), kena sabar.Anak akan selalu menangis. Tu yang jadi penderaan kanak2 kalau iman tak kuat.Kesian kanak2 ni. Mereka menangis sebab nakkan attention mak ayah mereka.Aii ... nanti aku boleh sabar ke bila tiba masa ada anak nanti?Semoga aku dan wife aku akan dapat didik generasi selepas kami sebaiknya.Semoga mereka lebih baik dari kami dan menyambung rantai perjuangan ini.Amin

Hmm ... apsal nak tulis entri ni?Entahlah,sekarang ni bila duk sebelah mak...banyak belajar pasal keibubapaan.Bila duk sebelah ayah, banyak belajar pasal isu sekeliling dan isu masyarakat di sini.Ehe ... pengalaman banyak mengajar erti kehidupan.

Comments

Popular posts from this blog

Germany