Sedarkah kita.

Ada satu program yang wujud.Yang telah dihantar kepada manusia.Melalui pesuruh-Nya.Program ini membawa kebahagiaan dan keselamatan kepada sesiapa yang mengikutinya.Program yang amat sempurna.

Namun,program ini perlu disampaikan kepada semua manusia.Ini adalah tanggungjawab pembawa program ini.Amat penting kerana manusia akan merana tanpanya.Ada yang mengatakan mereka boleh bahagia tanpa program ini,tapi hakikatnya sistem dalaman mereka merana.Tanpa program ini,sosial,ekonomi,pengurusan,kekuasaan,kekuatan manusia tidak terarah.Akan rosak binasa.

Hari ini.Masih ramai yang belum mendapat program ini.Mengapa? Andaikata manusia menerima program ini,mereka akan terjaga.Dari mimpi mereka.Mereka akan terkejut melihat realiti.Mereka akan melihat sekitar mereka melalui penglihatan versi yang lain.Versi yang hanya akan diketahui apabila jasad mereka tidak mampu untuk berfungsi lagi.

Barangkali ramai menyangka mereka sudah mendapat program ini.Kerana pada nama mereka atau pada ID mereka,tertulis petanda mereka telah memliki program ini.Namun, perangai dan akhlak mereka seperti orang yang tak menerima program ini.Pemikiran mereka seperti orang yang tak menerima program ini.Mereka hanya mengambil sedikit-sedikit sahaja dari program ini.Mereka hanya mengambil modul program ini.Mereka hanya mengambil add-on program ini.Hakikatnya,program ini syumul dan menyeluruh,meliputi seluruh aspek kehidupan : dari nak masuk tandas kepada bergaul dengan manusia kepada pengurusan tanah serta manusia.

Bila anda menerima program ini,anda akan mendapati anda lain sedikit dari orang lain.Orang menyangka anda tersesat.Orang menyangka anda ekstrim.Orang menyangka anda kuno.Orang memandang remeh pada anda,walhal anda membawa sesuatu yang amat bernilai,andai mereka tahu.Bila anda menemui orang yang juga membawa program ini,anda akan terasa begitu terikat kepadanya.Terikat dengan software yang dinamakan persaudaraan dan ukhuwwah.Ikatan yang tak dapat ditandingi oleh ikatan lain seperti ikatan kesatuan,minat,kecenderungan,keseronokan,racial,negara dan kejantinaan.

Tapi,bersedialah.Bila anda diketahui memiliki program ini,anda akan diburu.Oleh ejen.Ejen yang wujud dalam dua bentuk.Manusia dan jin.Kedua-duanya akan memastikan anda meninggalkan program ini.Kalau tidak pun,mereka akan memaksa anda meninggalkan sebahagian dari program.Yang penting anda rosak.Yang penting anda tidak lagi mengamalkan program ini secara menyeluruh.Yang lebih penting,anda tidak lagi menyampaikan program ini kepada orang lain.Ejen manusia wujud dalam banyak lapisan dan bentuk.Dari yang berkulit putih kepada yang berkulit sama dengan anda.Dari orang yang anda tak kenal kepada orang yang anda bersama.Mereka ada di seluruh dunia.Mereka akan menekan anda dari aspek fizikal.Ejen bukan manusia pula akan menyerang hati dan roh anda.Serangan mereka menyebabkan hati anda terganggu.Menyebabkan anda malas,iri hati,berputus asa dan ingin berselesa.Namun,serangan ini hanya menjadi bila diizinkan oleh Pencipta kita.

Program ini berada di dalam dunia yang tidak compatible dengannya.Program ini tidak akan berjalan dengan sempurna dengan operating sistems yang ada sekarang.Oprating system yang dikuasai oleh musuh program.Operating system yang akan memudahkan ejen untuk memusnahkan program dan pembawa program.Malah keduanya dianggap virus yang mengancam kesejahteraan dunia.

Adakah kita sudah menerima program ini? Adakah program yang ada pada kita itu full version, atau hanya sebahagian daripadanya sahaja? Adakah kita hanya menyimpannya untuk diri kita atau anda menunaikan tanggungjawab kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Pencipta program ini?

Semoga kita diberi hidayah daripadaNya!

Comments

Popular posts from this blog

Germany