Semalam hantar kawan di lapangan terbang antarabangsa.

Sebelum tu aku ke komuter ukm. Tercangak la kat situ dari jam 6 petang sampai 7.30 malam,menunggu sahabatku,aljabal. Aku perhatikan manusia. Macam-macam ragam manusia di situ. Oh, rupanya kat situ ada feeder bus ukm berhenti. Tapi aku pelik la ... kat perumahan yang dekat situ takde surau ... kalau ada pun jauh benar (rupanya ada surau kat stesen komuter tu sendiri).Hmm...

Pastu pergi lapangan terbang.Sempat la jumpa kawan.Sampai-sampai je, mereka nak turun ke balai berlepas.

Dalam perjalanan pulang, ada peristiwa menarik berlaku.Minyak nak habis!!!Aku dan aljabal panik.Camne ni.Kat highway tak perasan lak stesen minyak.Pastu masuk exit bandar ... alaa ... lupa lak. Exit selepas exit Nilai.Bila masuk bandar tu,terkejut. Laa .. bandar baru. Takde stesen minyak. Orang kat pondok tol pun kata takde stesen minyak. Pergi ke satu pondok guard kat bandar tu.Dia kata ambil jalan depan pondok tu ... straiight sampai Nilai.

Ke Nilai!??? Aii ... minyak nak kosong ni.Jadi tawakkal je la.Sepanjang perjalanan,lampu jalan takde.Kereta tak banyak.Risau lak aku.Aljabal pun tutup aircond,dia kata bila pasang aircond,keter makan lebih minyak. Dahlah takde lampu jalan, kami nyaris silap jalan. Seolah2 kita tak tahu ke mana kita akan sampai. Gelap betul.

Inilah agaknya bila kita tak ada hidayah. Kita akan meraba-raba dalam gelap. Kita tak tahu ke mana kita akan tuju. Kita tak tahu di mana kita akan berakhir.Kita tak tahu sama ada kita di jalan yang betul...... amat bernilai bila kita dapat hidayah dariNya..

Jalan punya jalan ... akhirnya tiba kat nilai. Jumpa stesen petronas. Isilah minyak kat situ. Alhamdulillah. Aku ingat lagi. Sepanjang perjalanan aku asyik berdoa supaya sempat jumpa stesen minyak. Lama gak kereta aljabal (err ... kereta mak aljabal)memberikan signal takde minyak.Hmm ... begitulah cerita semalam...

Manusia lebih mudah ingat kepada Dia bila susah ... dan lebih mudah lupa kat Dia bila mereka senang.Ingatlah Allah di masa senang ... semoga Dia ingat kat kita di masa kita susah.

Comments

Popular posts from this blog

Germany