Semalam aku melihat sepupu aku berkahwin. Wah. Seorang demi seorang yang aku kenal mula melangkah. Seorang demi seorang meninggalkan aku dan kawan-kawan lain di sini.

Aku teringat sesuatu tengah hari semalam. Aku terfikir. Kat dunia ni,manusia cuba menyatukan manusia dengan bermacam-macam sebab. Ada yang menyatukan manusia berdasarkan kepada bangsa mereka. Ada yang menyatukan manusia berdasarkan negara mereka. Ada yang menyatukan manusia berdasarkan status mereka dalam masyarakat. Macam-macam lagi sebab lain yang manusia gunakan untuk menyatukan mereka.

Namun. Ada satu ikatan. Ada satu kesatuan. Kesatuan yang amat kuat. Yang menyatukan manusia ... tak kira bangsa apa ... tak kira negara apa ... tak kira apa taraf mereka dalam masyarakat ... yang pernah ada suatu ketika dahulu ... yang menjadikan manusia aman sejahtera seluruh dunia...

Iaitu kesatuan di bawah akidah yang sama. Kesatuan di bawah sistem yang sama. Sistem yang menyinari dunia satu ketika dahulu. Benar .. andai anda seorang melayu dan saya seorang cina ... kita bersaudara andaikata kita islam. Andai anda seorang dari jepun dan saya seorang dari alaska ... kita bersaudara andaikata kita islam. Andai anda seorang CEO syarikat besar di negara dan saya seorang tukang basuh tandas di negara ... kita bersaudara andai kita islam.

Bila direnungkan ... inilah kesatuan yang pernah ada suatu ketika dahulu. Ia telah dimusnahkan. Ia telah dipijak. Ia telah dipandang serong. Ia telah diperlekeh. Oleh musuh kita. Oleh diri kita. Oleh orang di sekeliling kita.

Memang hebat apa yang dibawa dari Dia. Mengapa manusia masih lagi leka dan tak dengar kata? Renungan untuk aku dan yang nak merenung ...

Comments

Popular posts from this blog

Germany