sample 'news'letter version 1

Assalamualaikum,

Salam sejahtera saya ucapkan.
Alhamdulillah.Syukur kepada tuhan kerana anda dan teman anda
menerima risalah ini.Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi bernafas sebagai seorang islam yang insyaAllah beriman.

SAudaraku yang ku hormati,
Ketahuilah, Allah maha melihat dan maha mendengar.Dia sedang memerhatikan kita.Dia sedang melihat kita.Hati kita pasti merasai kewujudanNya.Hati kita pasti merasai akan kehadiranNya.

Bukankah dalam berlima,Dialah yang keenam.Dalam berempat,Dialah yang kelima.Dalam bertiga,Dialah yang keempat.Dalam berdua,Dialah ketiga.Hatta bila kita keseorangan,Dia ada bersama.Dalam erti kata lain,Allah sentiasa ada di sisi kita.

Saudaraku yang ku hormati,
Cinta itu indah.Cinta itu cantik.Perasaan ini telah dicampakkan ke dalam hati manusia.Perasaan ini ada dalam hati manusia.Perasaan ini pasti ada dalam hati kita sekarang ini.Tidak dapat dinafikan akan kewujudannya.

Cuma,
Dia telah menggariskan bagaimana untuk menguruskan perasaan ini.Dia telah menunjukkan di mana dan bila ia halal dan bila ia menjadi sesuatu yang haram di sisiNya.Bukankah Allah maha mengetahui?

Saudaraku yang ku hormati,
Allah telah menggariskan,bagaimana seharusnya kita berurusan,bagaimana seharusnya kita bergaul dengan orang yang lawan jenis dengan kita.Dia telah menceritakan di dalam al-quran,bagaimana seharusnya lelaki bergaul dengan perempuan dan bagaimana seharusnya perempuan bergaul dengan lelaki.Dia tahu akan yang terbaik untuk lelaki dan perempuan.Dia tahu apa yang ada di hati lelaki dan perempuan.

Saudaraku yang ku hormati,
Tidak rugi kita menjaga pergaulan kita.Allah telah menunjukkan kita di mana saatnya kita boleh bermesra.Benar.Ia adalah selepas kita berumahtangga.Bukankah itu impian setiap manusia?

Saudaraku,
Maaf kerana terlalu panjang menulis.Maaf kerana memenatkan mata.Semoga ia menjadi peringatan buat diriku dan diri saudaraku dan diri teman saudaraku.Semoga hati kita tenang.Bukankah dengan mengingati Dia,hati akan menjadi tenang?

Semoga kita mendapat hidayah daripadaNya.
Doakan agar kita di kalangan orang yang diredhai olehNya.


'sempurna'_san

Comments

Popular posts from this blog

Germany