Ya. Ni satu kisah yang aku ingin rekodkan di sini. Ada seorang dari kelantan dan kerja di kuala lumpur. Dia menumpang di rumah bersama orang dari negeri lain. Suatu hari dia membawa temannya datang ke rumah. Dari hari ke hari temannya semakin ramai datang ke rumah, malah tinggal lama di rumah itu. Tiba-tiba orang kelantan ini menyalin kunci dan diberikannya kepada teman-temannya itu. Maklumlah, mereka semua berasal dari kampung yang sama.

Selepas itu, temannya itu tinggal di rumah itu seperti rumah sendiri. Semua barang di rumah itu dipakai sesuka hati. Tak minta izin pun. Tau-tau sabun basuh dah habis dipakai. Tau-tau makanan dalam fridge ada orang guna. Ahli rumah yang lain tak rasa selesa.

Seorang demi seorang ahli rumah keluar dari rumah itu. Sebab mereka dipindahkan tempat kerja. Bila tiba orang kelantan ini, dia pun pergilah keluar. Namun teman sekampungnya masih tinggal di rumah itu, macam rumah sendiri. Entahlah, sama ada dia tahu malu atau tidak kat orang lain.

Semakin lama semakin berani temannya itu. Dia mula bawa adik dia ke rumah itu. Selepas itu dia bawa sedara ipar dia ke situ. Selepas itu dia bawa pak sedara dia ke rumah itu. Dah sebulan sedara mara dia tinggal di situ. Ahli-ahli rumah lain (yang masih tinggal) bersemuka dengan teman itu. Dia mulalah cerita simpatinya supaya semua ahli rumah kesian. Kalau orang yang tak tinggal di rumah tu, mungkin kesian dengar cerita dia. Tapi ahli-ahli rumah nak rasa kesian apa, nak kata tetamu, dah tinggal lebih sebulan di rumah itu. Sewa tak bayar. Barang-barang rumah dibuat macam rumah sendiri. Ni pun mujur air dia bayar.

Ahli-ahli rumah macam bersabar. Memang sedang bersabar. Tak lama lagi ahli-ahli rumah akan keluar dari rumah itu. Tak sangka ada juga manusia macam ini.

Comments

Popular posts from this blog

Germany