Aku tahu, kau jeles dengan mamat tu. Heh, dahla lemah, dapat keje di tempat dekat dengan rumah. Dapat save duit lagi.

Wahai kamal, sepatutnya dia jeles kat kau. Even kau akan dihantar ke sarawak, dan kau macam payah nak save, hakikatnya banyak benda lain yang Dia tak beri kat mamat tu.

Pertama, kau dah sah jawatan. Dia punya? Belum dapat2 lagi. Dah dua bulan lebih ni.

Kedua, kau diberi keberanian untuk berjumpa sesiapa yang kau nak jumpa. Dia sentiasa takut2 jek. Nak claim pun takut. Dia langsung tak nak bertanggungjawab. Dia lebih rela kumpulan tak ada ketua daripada dia dilantik menjadi ketua.

Ketiga, kau diberi supervisor dan bos yang bersemangat dan berjiwa muda! ( walaupun big boss macam layan tak baik kat kau, tapi dia jarang jumpa dan deal dengan kau kan?). Tengok dia, supervisor dia dan bos dia selalu kasi pressure kat dia, sebab tu dia selesa kerja di tempat tu, maklumlah dekat dengan rumah dan jauh dari ofis ini. Bayangkan kalau tetiba di hujung attachment dia tak ditransfer, kesian dia...

Keempat ... kau diberi sesuatu yang lebih baik dari dia. Ya, sesuatu yang menunjukkan kasihNya kat kau selama ini. Kau ingat lagi kan masa kau bincang dengan mamat tu. Dia langsung tak boleh terima. Dia nak hidup untuk dirinya sendiri. Dia nak selamatkan dirinya sendiri.

Kau telah disedarkan dengan tanggungjawab ini. Dia tahu, tapi dia tidak memahami. Mamat tu tak menjiwai walaupun kau dah ceritakan kepadanya. Barangkali hidayah belum sampai kepadanya. Kesian dia. Instead kau rasa jeles, baik rasa kesian dengan dia.

Aku rasa, kalau dikira nikmat yang diberi kepada kau, mungkin kau tak akan jeles lagi. Begitu banyak diberikan, berapa banyak kau telah syukuri?

Nabi Ayub diuji dengan dahsyat, apatah lagi Rasulullah, inikan engkau, setakat dihantar jauh dan rasa tak tentu kehidupan selepas buat rumah.... namun nabi Ayub dan Rasulullah masih bersyukur, kerana masih banyak nikmat yand Allah telah beri kepada mereka ....

Kamal, jangan putus asa ya!

Ingatlah, tatkala nabi diberi ujian sebaik sahaja baginda mula berdakwah ... muncul khadijah yang menghibur dan menenangkan hatinya ... muncul abu talib yang melindunginya ...

Setiap kesusahan itu ... ada bersamanya ... kesenangan ...

Comments

Popular posts from this blog

Germany