Aku rasa aku ni orang pelik.Memang pelik.Aku antara orang paling muda kat masjid kat kampung aku.Yang lain regular customer masjid yang berusia keemasan.Orang muda lain?Berada di rumah berehat dan menonton Tv.

Aku lihat orang lain cuba meniru perkembangan pakaian semasa.Tiru walaupun ia mendedahkan badan dan mewarnakan rambut. Aku tanya orang kat kedai makan, tak rasa apa-apa ke,sedih ke,apa ke... jawabnya,alaa ... dah trend semasa,kita lain... orang muda lain.Pelik.Aku orang muda,tapi mengapa rasa tak selesa.Peliknya aku ini.

Aku lihat orang muda bercouple.Macam dalam Tv.Macam dalam drama.Macam dalam cerita amerika latin. Bagiku,couple lepas kawin. Masa tu dah halal.Masa tu dah dibolehkan sebab dah ada ikatan yang sah. Pelik kan apa yang aku fikir ni?

Orang marah kat aku bila aku banyak sebut pasal islam. Bila aku cerita pasal kena ingat kat tuhan,orang terasa. Pelik,seorang berpendidikan kejuruteraan berminat pasal hadith. Pelik, bila seorang pakar komputer dan IT, minat untuk mendalami al-quran. Barangkali aku akan dicop engineer berfikiran kolot. Pelik kan?

Nampaknya,agent dah datang.Habislah aku.Orang yang pelik mesti dihapuskan.

Comments

Popular posts from this blog

Germany