Semalam celcom down...line busy je.

Hari ni tengok dokumentari perang dunia kedua di Jepun.Waaa...mereka semua ditanam semangat berkorban demi negara.Segalanya dikorbankan demi maharaja.Malah berjuang sehingga akhir hayat.Mereka tidak akan menyerah sama sekali dalam peperangan itu.Nihon jin memang bersemangat sejak dahulu lagi! ... tapi sayang,ia adalah kerana manusia,bukan Pencipta...

Kita di sini bersemangat macam tu ke?Setiap hari kita memupuk semangat untuk berhibur dan bergembira.Malah kalau tengok cerita kat TV pun kita tak naik semangat,jika dibandingkan dengan cerita jepun....

Namun,semangat islam lebih hebat dari tu.Bukankah bila seruan perang sampai,semua bergerak ... laju atau perlahan...kerana sudah nampak ganjaran yang amat besar di hadapan!

Comments

Popular posts from this blog

Germany