Ohayou! Boku desu!

Hmm ... bila memikirkan orang di sini,especially bangsa aku,aku terasa kesian dan kecewa.Mereka terkeliru antara adat dan ibadat.Selalunya adat akan override ibadat.Sesama yang patut tutup aurat kita tak tutup aurat.Pakai baju kurung,rambut tak tutup dikira ok,sebab dari segi adat adalah tak salah.Salam2 sesama orang yang bukan mahram tak kira salah.Joget dan menyanyi tak kira salah.Ditambah dengan adat orang moden,berpeluk2,bercouple2,berpegang2 tangan tak kira salah.Tak jaga solat pun tak kira salah.Buat majlis sampai lalai waktu solat pun tak kira salah.Orang yang sensitif terhadap agama itu baru dikira salah.Sesama kita,berhasad dengki perkara biasa.Pantang melihat orang diberi rezeki lebih,kita mula dengki dan nak hilangkan apa yang orang itu dapat.Sudahlah begitu,kita begitu malas untuk berusaha,dan kita sukakan jalan mudah untuk mendapat kejayaan.Mereka lebih suka menyanyi daripada mengaji.Orang yang menghasilkan ciptaan yang canggih dibiarkan,tapi orang yang menghiburkan diberi penghormatan.Kesian kat bangsa aku.Namun ramai yang bangga dengannya dan ada yang rela berkorban deminya.

Bila difikirkan,begitu agaknya satu bangsa di zaman sebelum turunnya utusan terakhir.Bangsa ini rosak dan tak ada nilai dari mata dunia ketika itu...sehinggakan tak ada siapa mahu menjajah mereka.

Namun,mereka akhirnya dimuliakan .... dengan islam.Benar kata-kata saidina UMAR dan benar bagi mereka yang memahaminya!

Comments

Popular posts from this blog

Germany