Adakah aiskrim durian sama dengan buah durian?

Hampir sama tapi tak betul-betul menyamai buah durian yang sebenar.Begitulah dengan islam yang dirasakan semasa kegemilangan islam dengan islam sekarang.

Ia bukan lagi wujud sebagai sebuah sistem.Sistem kepada dunia.Kita melihat begitu ramai orang islam.Namun kita tak dapat merasakan ruh di sebalik ramainya orang yang beragama islam.

Setiap kali masuk waktu solat,adakah anda terpengaruh untuk bersegera bersolat?Kita lebih terpengaruh untuk melihat pertunjukan kereta dan komputer dan perhimpunan manusia berbanding untuk bersegera bertemu dengan Pencipta kita walaupun kita sudah diseru kepadaNya.

Bagi wanita,begitu ramai yang beragama islam,tapi tergerakkah wanita islam ini untuk menjaga pemakaian dan pergaulan?Tergerakkah wanita lain yang belum islam untuk mengetahui islam?Dapatkah mereka merasa kemanisan sistem ini terhadap mereka dan bukan mereka?Aneh...ada wanita islam sendiri memperjuangkan aiskrim jambu yang disangkanya durian!!!

Seorang pemuda telah berusaha selama 23 tahun...membentuk manusia dan terus membentuk manusia....dan ia memakan masa selepas itu ...600-700 tahun untuk menjadikan islam sebagai sebuah sistem dunia.Kita pula?

Kita adalah orang yang setiap hari pergi ke masjid dan balik dari masjid...dan lebih selesa berehat bersama anak dan isteri!

Comments

Popular posts from this blog

Germany