Bila jumpa kawan-kawan,terasa semangat semula! Teringat aku kepada diriku di sana suatu masa dulu.

Teringat aku ketika buat kerja sampai lewat malam.Ketika itu diskusi berjalan begitu lama,sehingga tak sedar masa...

Teringat aku ketika balik menaiki tren terakhir.Ketika tiba di stesen Huntingdale,aku berjalan kaki balik ke rumah...memakan masa 30 minit lebih,dengan esoknya ada assignment kena hantar,dengan esok ada test kena buat (masa tu member aku ada test pasal penyakit..hmm tak ingat pulak)

Teringat aku ketika meminjam kereta kawanku untuk pulang.Malam itu begitu sejuk.Malam itu aku bersama dua teman memandu di tengah malam,merentasi Princes highway...yang agak sunyi dari kenderaan tapi terang benderang dengan lampu jalan...

Kini hampir sama semuanya,cuma ada sedikit penyesuaian dengan keadaan semasa.Aku dan temanku sudah bekerja.Kali ini tak ada tren tengah malam.Sudah tiada kereta untuk dipandu.Namun,kerja itu tetap berjalan.

Masih lagi ada yang berjaga,demi umat ini....di kala kita leka dengan bola di waktu pagi...

Comments

Popular posts from this blog

Germany