Semalam aku mendapat dua perkara yang aku rasa best.

Pertama. Setelah aku baca buku yang bertajuk heart soother/softener.. masa tu aku menaiki putra-lrt... pastu menunggu bas pemberi makan atau feeder bus :), aku terfikir ... selama ni rupanya ada satu hikmah besar yang diajar kepadaku. Semua yang berlaku seminggu lalu ... dua minggu lalu rupanya untuk mengajar aku satu benda. Bersyukur dan bersabar. Kekadang aku rasa tak senang bila dipandang rendah, walhal ... ada yang mungkin lebih rendah ... tapi mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada. Mereka bersyukur dengan kapasiti mereka. Mereka memanfaatkan sebaiknya nikmat yang diberikan kepada mereka ..... Aku pula?

SAtu lagi .. semalam singgah di rumah ayah saudara. Dia baru sahaja dapat bayi. Anak ke-3. Wah. Pertama kali aku rasa bayi amat comel. Halusnya kaki dia. Waah, comelnya bila masa dia tidur. Aku takut nak pegang sebab kecik sangat. Mak pula kata orang lelaki kekadang camtu. Nanti anak sendiri pun takut nak pegang,sebab takut terpicit kuat lak bayi sendiri. Ehe ... tapi memang sekian lama aku tak rasa camni. Dulu masa adik aku baru lahir, mungkin aku rasa macam ni. Tapi tu satu masa yang lamaaa dahulu. Adik aku dah besar sekarang. Respek kat mak sebab dia mudah je salin lampin anak saudara dia tu. Hmm ... mungkin semua orang perempuan ada skill ni kot.

Petang ni balik kampung. Beraya kat KT. Ai ... nampaknya tak memblog lagi la sementara ni.

Comments

Popular posts from this blog

Parking di dayabumi.. 1st time

Hidayah