Minna san! arigatou!(terima kasih semua!) Alhamdulillah. Akhirnya hatiku kembali pulih! Alhamdulillah. Rupanya dalam semangat ada ruang vakum yang aku tak sedar. Rupanya dalam diriku masih tersembunyi perasaan kurang baik. Masih tersembunyi sesuatu yang menantikan ia untuk meletup sahaja.

Rasa tak puas hati yang amat kepada seorang manusia ... yang aku pendam ... yang aku cuba hapuskan suatu ketika dahulu ... datang kembali secara tiba-tiba! Dan ... alhamdulillah ... perasaan itu sudah pergi ... dan aku harap ia tak akan kembali selama-lamanya!

Rupanya Dia nak aku sedar masih wujudnya kelemahan dalam hati ini. Rupanya Dia nak aku sedar ... bahawa setiap kali aku hadapi krisis ... mengadulah kat Dia dahulu ... ingatilah Dia di saat itu ... sebab melalui mengingati Dia ... melalui bersabar menerima ujian Dia ... hati akan tenang .... dan pertolongan akan datang!!!

Selepas setiap kesusahan ada kesenangan. Bersama setiap kesusahan ada kesenangan. Memang benar janji Tuhan!

Alhamdulillah. Hari ini aku membuat ziarah yang mungkin bersejarah buat hidupku dan hidup temanku. Alhamdulillah, sebelum keluar rumah ... semasa dalam bas ... semasa naik putra-lrt ... dah kuatkan gerak hati ini ... dah ingatkan diri ini apa tujuan aku nak membina rumah muslim suatu masa nanti ... dan lawatan ini harapnya salah satu daripada langkahnya ... semoga sepanjang proses untuk membina rumah muslim ini dipenuhi barakah ... amin.

Rumah muslim ? Ehe ... satu fasa yang mana harapnya kekuatan,tenaga,pemikiran kita lebih baik dari dahulu, insyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Germany