Catatan tengah malam. Ehe .. sekarang segan nak online awal malam atau petang, sebab takut adik telefon rumah. Rumah ada 1 line je.

TAdi aku merenung diriku. Sememangnya banyak nikmat yang Dia kasi. Aku asyik tak perasan je. Aku ingat aku serba lemah dan serba kurang. Walhal, hakikatnya banyak benda yang Dia kasi yang sebenarnya lebih dari orang lain. Astaghfirullah. Ampunilah aku wahai tuhanku.

Bila aku memikirkan lagi. Jalan cerita hidupku dipenuhi dengan macam2 nikmat dari Dia. Bila direnungkan, aku dapati yang ku sangka kurang baik sebenarnya lebih baik. Yang kurasakan tak macam orang lain ... sebenarnya adalah lebih baik dari orang lain. Sememangnya amat banyak nikmat yang diberikan. Cuma aku yang tak sedar ia ada di hadapan.

Kadangkala kita sangka kita tak dapat apa yang kita nak. Kadangkala kita sangka kita tak dapat apa yang kita rasa terbaik untuk kita. Hakikatnya ... mungkin Dia nak beri yang lebih baik kepada kita ... cuma Dia nak kita sabar je ... barangkali kita hanya kena sabar ... sedikit sahaja lagi!

Jadi ... bersemangatlah! Barangkali apa yang disediakan di masa depan lebih baik dari apa yang kau sangka!

Ya Allah. Terima kasih. Istiqamahkan kami. Jadikanlah kami batu-bata yang membina sesuatu yang amat besar ... pada masa 600 atau 1000 tahun lagi! Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Germany