Ok. Hari ni takleh lemah lagi. Mesti ada sesuatu yang boleh aku buat hari ini. Kelambatan untuk dapat bekerja ini pasti ada hikmahnya. Mungkin Dia nak aku upgrade diri aku sementara cuti ni....

Kasihan kawan2 kita. Kasihan kat kita. Kita suka berhibur,bermain dan berehat. Bila ada orang ajak kita untuk berfikir sejenak ... lebih2 lagi berkenaan realiti kita ... lebih2 lagi berkenaan hakikat kita sebagai hamba ... kita tak suka. Kita lebih rela dengan kehidupan kita yang sudah selesa.

Hakikatnya ... itu bukan jiwa seorang yang ingin mengubah dunia. Itu hanya jiwa orang yang sekadar menjadi pelakon tambahan atau tukang solek di belakang pentas persembahan.

Adakah kita lupa ... suatu masa dahulu, islam pernah menerangi dunia.. islam pernah memakmurkan dunia ... sehinggakan semua orang ... semua makhluk aman dengan suatu sistem yang amat lengkap dan amat mantap ... kerana sistem ini bukan ciptaan mana-mana manusia ... kerana sistem ini datang direct dari pencipta kita!

Sekarang sistem itu dipijak oleh mereka .. dan barangkali oleh kita! Apa yang kita boleh buat? Marilah ... bersama ... kita campakkan unsur bukan sistem dari diri kita dan mantapkan kefahaman dan neraca diri kita ... supaya suatu masa nanti ... apa yang telah berlaku , berulang kembali ...

... bukankah itu tanggungjawab kita?

Comments

Popular posts from this blog

Germany