Alhamdulillah.Ingat balik apa yang nak ditulis.Macam ni:

Kekadang kan, kita rasa kita ni jahat sangat ... banyak ngan dosa. Kita terasa amat payah untuk bertaubat. Kita rasa kalau kita bertaubat, orang lain akan kata macam-macam kat kita ... kita rasa kita dah jauh dari kebenaran... kita rasa seolah-olah kita dah memang tiada harapan lagi ...

Tapi .. renunglah kembali wahai diri .. kita dah rasa akan dosa kita ... kita dah tak bangga lagi dengan dosa kita ... kita dah perasan akan kejahatan kita ... mungkinkah itu tandanya Dia nak tunjukkan sesuatu kat kita? ... mungkinkah itu tandanya Dia nak kita kembali kepada-Nya .. dan kembali ke jalan-Nya? ... dan mungkinkah itu tandanya Dia sayang kat kita? ... sebab bila Dia sayang kat seseorang hamba, Dia akan kurniakan hamba itu ... kefahaman terhadap agama?

Benar. Jadi jangan tunggu untuk berubah. Kita tak tahu bila kita akan mati. Kita tak tahu apa yang akan berlaku seminit lagi. Masih ingatkah kita peristiwa-peristiwa hidup kita yang berlaku dalam sekelip mata?. Amat mudah bagi Dia untuk berbuat demikian jika itu dikehendaki oleh-Nya!

Renungilah wahai diri. Lebih baik kita bertaubat sekarang dari tak sempat bertaubat langsung. Usah risaukan kutukan orang. Usah risaukan umpatan orang. Kerana mereka tak akan mengumpat dan mengutuk kita andai mereka ketahui apa yang ada selepas mati!

Comments

Popular posts from this blog

Germany