Dunia hari ini menyaksikan manusia mencari penyakit dan tak mahu mencari ubat. Hampir setiap hari ada sahaja kejahatan yang dilakukan oleh manusia. Ramai jadi mangsa. Lelaki. Perempuan. Malah kanak-kanak pun menjadi mangsa. Pada masa yang sama, manusia tidak tahu macam mana nak selesaikan masalah kejahatan yang berleluasa.

Kasihan pada manusia. Pencipta kita sudah menunjukkan penyelesaiannya, tapi manusia tidak mahu menerima. Manusia ingin selesaikan dengan menggunakan akal mereka yang amat terhad kapasitinya. Terhad kapasiti itu bukan kerana bodoh atau cerdik ... tapi kerana sememangnya manusia tak mampu untuk mengetahui hakikat jiwa mereka. Bukankah Dia yang lebih mengetahui hakikat ruh kita dan kita tak tahu apa-apa mengenainya (Sila cari dalam surah al-kahfi)?

Sampai bilakah manusia akan jadi begini? Adakah kita nak biarkan keadaan ini berterusan? Adakah kita akan terjaga bila masalah ini kena kepada orang yang kita sayang? nauzubillah.

Kasihan kat kita ... sebab kita tak punya jiwa yang besar untuk menjadikan cahaya islam menyinari dunia.... sebagaimana yang telah dirasa pada suatu pada ketika...

Comments

Popular posts from this blog

Germany