Semalam tak tulis blog. Ehe ... rasanya dah mula penuh masa ngan keje. Tak mengapa, setiap hari kita sebenarnya dah memblog ngan tuhan kita ... minimum 5 kali :) ... betul tak?

Tengah menunggu pasta masak kat dapur. Ni la makanan orang bujang yang tak reti masak. Kena belajar masak, kalau tak abis la bila aku ada rumah sendiri nanti, makan instant je la. Masak pasta, buatan syarikat tak terkenal (takde dalam list) . Meggi aku tak makan, sebab meggi anak syarikat nestle. Dari mana nak dapatkan mee segera buatan orang Islam ye?

Semalam aku kepenatan memogram robot. Dah minggu ke 10 ni. Lagi 2 minggu untuk submit report kat client aku. Lagi 3 minggu untuk presentation thesis aku. Ya Allah, bantulah aku dalam menyiapkan kerjaku ini, sesungguhnya Engkau sebaik2 pembantu!


Usah takut untuk mencapai seribu langkah, yang penting kita berani untuk mulakan langkah pertama!

Comments

Popular posts from this blog

Germany