OK! hari ni kena jumpa supervisor. NAk bincang pasal Kohonen Neural NEtwork! Ni dah week 9 semester 2. Kena buat keje cepat! DAh hampir ke hujung semester!

Hmmm ... bila aku tengok kengkawan aku, bila tengok orang keliling aku ... rasa kesian . Sebab? Kesian , mereka mencari kebahagiaan dan keseronokan yang palsu. Mereka nak mengaut sebanyak-banyaknya dari dunia. SAnggup ajak orang untuk berseronok bersama. Tak takutkah kita , akan dosa free yang dapat dari aktiviti kita tu .... sedangkan kita nak amalan jariah supaya boleh ada saham bila kita mati nanti.

Aku tak faham ... kita tahu solat jemaah 27 atau 25 kali ganda (sahih bukhari kata 25x ) , tapi ramai yang suka solat sorang2 .... kita tahu solat di awal waktu lagi afdal , tapi saje je solat lewat tanpa alasan yang kuat .... dalam keadaan diri lapang dan free untuk solat awal ....kita tahu banyak benda , tapi mengapa kita tak buat ? Adakah kita confirm mati lambat ....

Hmm ... aku ni tulis banyak lak. Kengkawan , tegurla aku bila aku buat salah. Aku manusia . MAnusia senang lupa dan senang buat salah. Bantulah aku. Sama-sama kita ingat-mengingatkan sesama kita!

EHe ... akhir sekali , kita kan disuruh manfaatkan semua masa kita . 'bila selesai satu urusan, maka bangkit dan buat urusan lagi!' .... Sama-sama kita berusaha yang terbaik dalam keje kita sehari-hari!

Comments

Popular posts from this blog

Germany