Setiap perkara ada harganya. Itu yang dipelajari dari hidup ini. Untuk mendapatkan sesuatu, kita kena sanggup untuk mengorbankan sesuatu. To gain some is to lose some.

Ada cerita yang aku dengar. Seorang yang menjadi consultant. Gajinya AUD20,000 sebulan. Namun, dia kata dia tak tahu apa yang terjadi kepada keluarganya. Dia tak tahu isteri dan anak-anaknya sedang buat apa. Sungguh kasihan.

Untuk mendapatkan teman hidup pun harganya mahal. Kita akan dapat kebahagiaan yang tak didapati semasa kita masih single. Tapi kekompleksan/kerumitan hidup akan bertambah. Ketika itu tanggungjawab bertambah. Cara berfikir pun lebih rumit. Tapi, itulah antara harga yang perlu dibayar.

Untuk menjadi orang biasa pun ada harganya. Kita akan berada di zon selamat : kita dekat dengan orang yang kita sayang, kita tak perlu risau pasal orang lain, kita tak perlu susah payah mengorbankan harta dan tenaga demi orang lain. Kita hanya perlu mementingkan diri kita sahaja. Apakah harga yang perlu kita bayar? Hmmm, kita tak tahu sebanyak mana, cuma yang pasti kita akan bayar bila kita sudah mati. Kita akan melihat kawan-kawan yang telah berkorban di dunia bersuka ria ketika itu.....

Sememangnya, anda perlu bayar apa yang anda nak dapat.....

Comments

Popular posts from this blog

Germany