Brotherhood atau persaudaraan : perkara yang amat penting bagi orang yang bekerja di jalan ini. Aku dulu ada tertanya, sebesar mana kepentingannya. Rupanya ia amat besar. Brotherhood mengikat hati-hati manusia bersama. Mengapa perlu bersama? Kerana kalau tidak bersama, kalau tidak sehati sejiwa, maka apa gunanya pasukan yang ada! Tanpa kebersamaan lebih baik semua orang bertindak mengikut haluan sendiri!

Akan tetapi ada yang mengambil ringan persaudaraan ini. Ada yang menganggap, sesiapa yang pernah membantu dan terlibat, tidak perlu dirapatkan sangat. Ada yang menganggap semua orang mempunyai peribadi yang serupa. Adakah begitu? Adakah semua orang jenis serius ? Adakah tiada orang yang jenis bersahaja? Adakah tiada orang yang jenis suka berjenaka? Adakah tiada orang yang jenis selamba dan bersahaja? Adakah saudara kita menghadapi masalah? Adakah ibu bapa dia tidak sihat? Adakah dia menghadapi masalah untuk mencari tempat tinggal? Adakah dia rasa tidak puas hati dengan saudaranya yang lain?

Begitu banyak persoalan. Adakah kita mampu untuk menjaga persaudaraan atau brotherhood dengan saudara seislam kita? Begitu sukar bukan? Nampaknya lebih mudah bagi kita untuk membiarkan saudara kita keseorangan dan dibaham oleh serigala yang sedang menantinya di hadapan!

Kalau begitu, ucapkanlah selamat tinggal kepada dia ... sebelum dia dimakan!

Comments

Popular posts from this blog

Germany